Suatu Malam Kubur Berasap yang berasap
Kami telah menerima jemputan tayangan perdana filem Suatu Malam Kubur Berasap (SMKB) pada Selasa yang lalu yang dihadiri oleh semua pelakon-pelakon utama untuk filem ini. Sebuah filem bergenre seram komedi dilakonkan oleh Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz yang mana kesemua mereka dari programa Raja Lawak. Bukan senang nak mengabungkan 5 orang pelawak dalam sesebuah filem.
Selain dari itu filem SMKB membariskan pelakon seperti Zac Diamond (X-Factor), Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru Nurul Ain Nordin. Bagi peminat Arwah Pak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda patut menonton filem ini kerana filem Suatu Malam Berasap adalah karya terakhir beliau.
Kami berikan sedikit sinopsis untuk anda.Selebihnya anda kena menonton sendiri samada SMKB ini benar-benar berasap atau tidak. Anda yang tentukan,ok? Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.
Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?
Jadi,nantikan di pawagam berhampiran pada 22 Disember 2011. Untuk pembaca semua, outLOUD STUDIOS telah berbesar hati untuk memberi tiket serta tshirt dan poster kepada anda. Hanya 5 pembaca pertama sahaja yang akan memenangi hadiah-hadiah ini. Cara dan syaratnya? Baca entry yang seterusnya ya! Selamat mencuba!
Leave a Reply
Popular Posts
- AWAL DAN SCHA KAHWIN TAHUN DEPAN? 4 comment(s)
- ~angelina jolie means everything~ 0 comment(s)
- Filem Di Larang Masuk 0 comment(s)
- GANDINGAN MANTAP DUA GENERASI DALAM SEDETIK MUZIK 0 comment(s)
- Stacy atau Stay-C 0 comment(s)
- Dari Nur Kasih,Tiz Zaqyah berubah menjadi Soffiya 0 comment(s)





