Adik-Beradik Menang Besar dalam AXN Big Challenge

Adik-Beradik Menang Besar dalam AXN Big Challenge

Pasangan adik-beradik kembar dari Penang ini adalah satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli wanita yang berjaya ke peringkat akhir, mengatasi lebih 1,400 peserta dari seluruh Malaysia untuk menjuarai AXA AFFIN Health Is Might AXN BiG Challenge. Mereka membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM15,000.

Selepas beberapa minggu menjalani persaingan sengit di tiga negeri, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, peringkat akhir AXA AFFIN Health is Might AXN BiG Challenge telah dilangsungkan dengan jayanya di Pusat Membeli-belah One Utama ada Ahad 25 Jun lalu.

Hadiah yang berupa wang tunai berjumlah RM29,000 memang lumayan dan menarik perhatian penggemar-penggemar sukan lasak dari seluruh Negara. Pertandingan ini adalah hasil kerjasama antara AXA AFFIN dan AXN yang merupakan saluran yang paling ramai penontonnya di Astro tahun lepas. Pertandingan yang bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal dan kecergasan tetapi juga menguji kepantasan akal dan pengetahuan tentang khasiat pemakanan para peserta.

Dalam cabaran terakhir, seorang ahli pasukan terpaksa memberanikan diri untuk mendapatkan cebisan puzzle yang digantung tinggi manakala ahli yang seorang lagi cuba mengambil gambarnya sambil menggelongsor menerusi tali yang tergantung dari tingkat tiga banguan membeli-belah itu. Memang mencabar, bukan?

Pada akhirnya, Tang Khai Shing and Tang Khai Sheng dengan nama kumpulan Twincredible menewaskan 4 kumpulan akhir – Sai Lang (Kuala Lumpur), Moxiedude (Kuala Lumpur), The MC (Kuala Lumpur) and Salomon USJ (Johor Bahru). Mereka memang sudah biasa bersaing antara satu sama lain dalam pelajaran dan sukan tetapi pertandingan ini membawakan kelainan kerana mereka terpaksa berganding tenaga sebagai satu pasukan.

Tahniah Krew MyFriends2u ucapkan kepada semua pemenang!

Tags: ,

Leave a Reply





Total Visitors: 0